TEORI MOTIVASI URFAV'S
Syarikat kami memilih teori dua faktor Hertzberg.Teori ini mempunyai dua faktor iaitu:
a) faktor-faktor luar daripada pekerjaan itu sendiri yang sekiranya tidak diadakan atau disediakan oleh organisasi,maka akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pekerja-pekerja.Sekiranya faktor itu disediakan ,ia tidak semestinya mendorong pekerja-pekerja untuk bekerja dengan penuh motivasi.Faktor-faktor ini dinamakan faktor kesihatan termasuklah pekerja-pekerja berikut:
i) JAMINAN KERJA
Syarikat kami memberikan jaminan kerja kepada pekerja-pekerja syarikat kami.
ii) UPAH
Upah diberikan kepada pekerja yang melakukan kerja
iii) KEADAAN TEMPAT KERJA
Syarikat kami menyediakan keselesaan kepada pekerja-pekerja supaya pekerja lebih bersemangat untuk melakukan kerja.
iv) STATUS
Syarikat kami mengambil pekerja tidak mengira status jantina,ibu mengandung dan lain-lain dan kami tidak mendikriminasi mana-mana pekerja
vi) HUBUNGAN KETUA DENGAN PEKERJA
Syarikat kami amat mementingkan hubungan dengan pekerja dan sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada mereka
vii) LAIN-LAIN FAEDAH ATAU KEMUDAHAN
Syarikat kami menyediakan kemudahan untuk pekerja seperti kemudahan kenderaan syarikat untuk pekerja-pekerja yang melakukan kerja di luar syarikat
b) Faktor kedua ini dikenali dengan faktor pendorong atau pemuas.Faktor ini termasuklah:
i) Penghargaan kenaikan pangkat atau prestasi cemerlang
ii) Pencapaian dalam satu-satu tugas
iii) Tugas yang menunjukkan kemahiran serta kepakaran
iv) Tanggungjawab sepenuhnya dalam tugas
Kami menggunakan faktor ini kerana kami berasakan bahawa faktor ini mampu membantu syarikat kami menjadi lebih baik dan juga mampu memberikan kemudahan kepada pekerja syarikat kami.
Comments
Post a Comment