Skip to main content
MODEL KOMUNIKASI KOMPLEKS URFAV'S ๐
Ini merupakan model proses komunikasi kompleks bagi syarikat urfavs.
merupakan orang yang pertama yang memberi idea untuk menambah baikan mutu syarikat dan produk kami. Beliau selalunya mempunyai maklumat yang baru dan berkongsi bersama orang lain. Di syarikat kami, kami tidak hanya tertumpu kepada idea daripada pekerja di bahagian rekaan sahaja tetapi juga mengambil idea daripada pekerja yang dirasakan mempunyai idea yang bernas dan menarik.
Merupakan proses apabila pengirim memberitahu tentang ideanya kepada orang lain. Contohnya, jika pekerja di bahagian rekaan mempunyai idea terbaru,mereka akan memberitahu kepada pengurus atasan mereka berkenaan idea mereka.
Merupakan alat yang digunakan pengirim untuk menyampai dan menyebar maklumat kepada orang lain. Di syarikat Urfavs, kami menggunakan telefon sebagai alat komunikasi kerana kami beranggapan ia merupakan saluran yang terpantas untuk menyampaikan sesuatu perkara. Kami juga menggunakan e-mail sebagai saluran kedua selain telefon.
Merupakan proses dimana penerima akan memahami maklumat yang disampaikan oleh pengirim. Komunikasi antara pengirim dan penerima di Syarikat Urfavs berkesan. Ini kerana kami memahami apa yang mahu disampaikan oleh pengirim maklumat itu.
Merupakan orang yang terakhir dalam proses ini. Proses ini Berjaya jika maklumat dapat disampaikan kepada penerima.
Ia boleh berlaku pada mana-mana peringkat dalam proses komunikasi. Antara contoh halangan di syarikat Urfavs ialah maklumat yang disampaikan kurang jelas, terdapat percanggahan idea daripada pekerja-pekerja lain.
Dengan melakukan proses ini, kami dapat bekerjasama dengan lebih baik dan mampu menaikkan mutu syarikat kami.
Comments
Post a Comment