PROSES PENGAWALAN URFAV'S 🔛
Untuk menjayakan sesuatu perkara,kami perlu mengikuti proses yang ditetapkan.
1) MENETAPKAN PIAWAIAN ATAU STANDARD
Untuk memulakan sesuatu projek atau rekaan produk terbaru,kami menetapkan standard ataupun piawaian terlebih dahulu sebelum memulakan projek. Kami menetapkan standard berdasarkan pengalaman kami yang lepas, kelengkapan projek kami dan juga berdasarkan belanjawan ataupun budget yang yelah ditentukan untuk projek itu.
Dalam menetapkan piawaian kami, terdapat beberapa faktor yang dipilih oleh pihak kami, iaitu :
a) kami tidak meletakkan standard yang terlampau tinggi ataupun terlampau rendah. ini kerana supaya ianya dapat dicapai dan juga akan mencerminkan kualiti yang sederhana dan juga bagus.
b)kami juga menetapkan piawaian yang mampu menaikkan lagi kualiti dan mutu produk rekaan dan keluaran syarikat kami
c)piawaian kami juga sangat jelas dan mampu difahami oleh pekerja di semua jabatan dan mereka mampu menetapkan standard sendiri untuk merealisasikan standard syarikat
d) piawaian syarikat juga bergantung kepada objektif syarikat.
2) MENGUKUR PRETASI SEBENAR
Pengurus atasan bagi setiap jabatan kerap membuat penilaian ke atas pretasi pekerja bagi memastikan tiada kesilapan berlaku
3)BUAT PERBANDINGAN ANTARA PRETASI DENGAN PIAWAIAN YANG DITETAPKAN
Setelah pengurus mengetahui pretasi sebenar yang telah dicapai, maka mereka harus membuat perbandingan dengan piawaian yang ditetapkan pada awal proses. Jika ianya di bawah piawaian, maka pengurus haruslah membetulkan kesilapan dan jika pretasi telah mencapai piawaian, maka proses boleh diteruskan.
4)MEMPERBETUL KESILAPAN
Jika syarikat tidak mencapai piawaian yang telah ditetapkan, kami akan mengenal pasti punca-puncanya dan memperbetulkan kesilapan iaitu samada kesilapan pekerja ataupun piawaian yang ditetapkan terlampau tinggi untuk dicapai.
Proses pengawalan ini membuatkan syarikat kami mampu menetapkan piawaian yang betul dan mampu dicapai oleh syarikat kami.
Comments
Post a Comment