KEMAHIRAN KEPIMPINAN YANG DIGUNAKAN URFAVS!
Di syarikat urfavs,kami menggunakan 5 kemahiran kepimpinan yang berbeza.
- KEMAHIRAN BEKERJASAMA
Kemahiran ini kami gunakan sejak awal syarikat kami ditubuhkan. Ini kerana kerjasama antara pekerja mampu memberikan hasil yang menakjubkan kepada syarikat. Bak kata pepatah English, "one for all,all for one". Oleh itu kami sedaya upaya menasihatkan para pekerja kami supaya bekerjasama dalam apa jua halangan. Kerja berpasukan juga mampu mengurangkan krisis dan konflik dan akan mewujudkan suasana harmoni dan selesa kepada semua pekerja.
- KEMAHIRAN MEMAHAMI NILAI
Dengan menerapkan kemahiran memahami nilai di syarikat Urfavs,kami dapat melihat peningkatan pekerja di syarikat kami, iaitu semakin fokus dalam melakukan kerja dan mereka juga lebih faham tentang sesuatu perkara tanpa perlu diberi keterangan terlebih dahulu. Kemahiran memahami nilai ini sangat penting bagi setiap syarikat untuk diterapkan,ini kerana dengan adanya kemahiran memahami nilai,tugas para pekerja dalam memahami setiap tugasan mereka menjadi lebih mudah.
- KEMAHIRAN MENGGUNAKAN DERIA DALAMAN
Syarikat kami menggunakan kemahiran deria dalaman kerana kami beranggapan untuk melakukan kerja yang baik dan untuk medapat hasil yang baik,kami terlebih dahulu membuat sesi kaunseling bersama semua pekerja kami pada setiap awal tahun.
- KEMAHIRAN MEMAHAMI DIRI SENDIRI
Pada awal Urfavs ditubuhkan,kami sudah menerapkan kemahiran memahami diri kepada pekerja kami. Ini kerana,kami beranggapan untuk memahami sesuatu perkara,mereka perlu terlebih dahulu memahami diri sendiri. Kemahiran ini sangat penting kerana pekerja akan lebih berasa yakin dalam melakukan tugas dan lebih percaya pada kemampuan diri mereka.
- KEMAHIRAN MELIHAT MASA HADAPAN
Kami di syarikat Urfavs beranggapan bahawa kemahiran melihat masa hadapan adalah sesuatu yang perlu ada dalam kemahiran setiap pekerja kami. Dengan adanya kemahiran melihat masa hadapan ini, pekerja mampu melihat kesan kepada setiap keputusan yang dibuat oleh mereka, adakah ini akan memberi kelebihan kepada syarikat ataupun kekurangan kepada syarikat.
Setiap kemahiran yang diterapkan di Urfavs mempunyai kelebihan yang tersendiri
Comments
Post a Comment