PROSES PENSTAFAN URFAVS

Pada awal penubuhan syarikat, kami telah melaksanakan proses penstafan untuk memilih pekerja di syarikat kami. Tujuan kami melakukan proses ini terlebih dahulu supaya kami mendapat pekerja yang berkompentesi, inovatif, kreatif dan berkemampuan menjalankan tugas dengan baik.


1) PERANCANGAN SUMBER MANUSIA
Proses yang pertama ini penting untuk dilakukan supaya kami dapat menentukan berapa orang atau siapakah yang perlu diambil untuk berkerja di syarikat kami.

2) PENGAMBILAN CALON PEKERJA
Untuk pengambilan calon pekerja, kami menggunakan kaedah pengambilan luar seperti :
A) Kami mengiklankan jawatan kosong di syarikat kami menggunakan laman web JobStreet yang boleh dilihat oleh semua orang
B) Kami juga bekerjasama dengan agensi pekerjaan untuk merekrut pekerja baru dalam syarikat kami

3) PEMILIHAN STAF
Proses di mana kami memilih individu yang sesuai dari sekumpulan pemohon. Langkah-langkah dalam proses pemilihan kami ialah :
A) Kami bermula dengan menyemak terlebih dahulu borang permohonan daripada pemohon untuk mendapatkan maklumat asas mengenai calon tersebut.
B) Langkah kedua ialah kami melakukan temuduga awal bersama calon-calon pekerja. Calon-calon akan ditanya mengenai maklumat asas dan juga kemahiran yang dimiliki oleh mereka dan kemampuan diri mereka.
C) Langkah ketiga ialah proses penilaian iaitu kami melakukan ujian kemahiran ke atas calon. Contohnya seperti ujian kognotif, numerical dan taakulan untuk melihat kebolehan calon-calon melakukan kerja.
D) Langkah keempat adalah dengan melakukan temuduga peringkat kedua bersama pengurus atasan atau pengarah atasan. Temuduga peringkat kedua ini lebih terperinci dan melalui banyak ujian.
E) Langkah yang terakhir adalah memberikan tawaran kepada individu yang layak.

4) ORIENTASI
Program orientasi ini dilakukan untuk menyesuaikan pekerja baru dengan persekitaran syarikat. Program ini perlu dilakukan supaya pekerja baru dapat lebih mengenali syarikat dengan lebih mendalam dan program ini juga mengambil masa yang sedikit untuk dilaksanakan.

5) LATIHAN DAN PEMBANGUNAN STAF
Tujuan latihan dilakukan adalah untuk meningkatkan kemahiran mereka yang sedia ada . Syarikat kami mengambil pendekatan Latihan semasa berkerja. Latihan semasa bekerja membawa maksud pekerja akan melakukan tugas seperti biasa namun pengurus akan memerhati dan mengajar pekerja. Kami juga menggunakan kaedah kaunseling. Dengan melakukan latihan, ianya mampu menambahkan lagi kemahiran pekerja.

6) PENILAIAN PRETASI
Merupakan sistem format dalam jangka masa tertentu untuk melihat dan menilai pretasi pekerja. Ianya dilakukan untuk meningkatkan pretasi kerja mereka. Akan tetapi proses ini juga tedapat halangan. Antara contoh halangan bagi proses ini adalah "Bias" iaitu pilih kasih. Kami mengatasi halangan ini dengan peka pada keadaan sekeliling. Kami juga membuat analisa tentang kebaikan dan kelemahan seseorang.

7) PERTUKARAN DAN PEMISAHAN
Pertukaran bermaksud salah seorang pekerja di syarikat kami bertukar lokasi ataupun jawatannya manakala pemisahan bermaksud salah seorang pekerja kami meletak jawatan di syarikat kami.

Comments

Popular Posts